Wednesday, January 21, 2009

SEJARAH PKG SIMPANG EMPAT

Pada peringkat awalnya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD) bagi kawasan pendidikan Simpang Empat ini ditempatkan di SK Simpang Empat yang ketika itu diuruskan oleh seorang setiausaha(En. Baharuddin bin Ahmad) yang dilantik oleh Guru Besar sekolah berkenaan.Pada 14 Ogos PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG).

Pada 05 Ogos 1992 PKG Simpang Empat telah berpindah ke bangunan sekolah lama yang telah ditinggalkan oleh pihak Sekolah Menengah Syed Saffi yang sebelum ini menggunakan bangunan sekolah ini bangunan cawangan sekolahnya.

Sekolah kelompok ketika itu sebanyak 12 buah yang terdiri dari 3 buah sekolah menengah dan 9 buah sekolah rendah. Pada tahun 2005, PKG Simpang Empat telah mendapat tambahan 5 bilik darjah dan sebuah kantin apabila seluruh bangunan dan kawasan sekolah tersebut telah diserahkan kepada PKG Simpang Empat untuk kegunaan PKG Sehingga kini.

Kemudahan/perkhidmatan yang ada pada ketika ini ialah Khidmat Rakam Salin CDRI Bestari, Penggunaan Bilik, Penggunaan Internet Wireless, Khidmat Nasihat ICT Bestari, Buku Rujukan, Khidmat Bantu PSS dan juga NILAM.

No comments:

Post a Comment